DEMI MASA

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN, KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA SALING MENASIHATI...

Rabu, 1 April 2015

Accounting Quiz 2015 is back!

MIA Sunway-TES Accounting Quiz 2015 (Fact Sheet)




Ø  Accounting Quiz 2015 (AQ2015) dianjurkan oleh MIA (Malaysian Institute of Accountants) dan Sunway TES Sdn Bhd

Ø  Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 & 5, seluruh Malaysia.


Ø  Objektif : menguji kefahaman dan pengetahuan terhadap perakaunan termasuklah Prinsip Perakaunan, Perdagangan dan Kemahiran Hidup (Perdagangan & Keusahawanan).

Ø  Penyertaan secara berkumpulan, secara online. Sijil penyertaan akan diberi oleh MIA & Sunway TES kepada peserta yang layak.

Dijalankan dalam 5 peringkat:

  1. Pusingan Kelayakan
  2. Pusingan Pemilihan
  3. Suku Akhir
  4. Separuh Akhir
  5. Akhir
  6. Sudden Death Round (Pusingan Kalah Mati)


Ø  3 langkah mudah untuk menyertai:
1.       Wujudkan kumpulan yang terdiri daripada seorang ketua
          kumpulan dan empat orang ahli.
(Kombinasi pelajar tingkatan 4 dan 5, dibenarkan.)

2.       Daftar kumpulan anda di www.accountingquiz.my mulai 1 April
          2015.

3.       Jawab soalan yang diberi dalam Pusingan Kelayakan, bermula
          2 April sehingga 2 Mei 2015.

Khamis, 19 Mac 2015

PEMBELAJARAN ABAD 21- PETA PEMIKIRAN (I-Think)








Peta Pemikiran - dipersembahkan dalam 8 jenis/ bentuk. Pada pendapat cikgu, ini adalah kaedah pengurusan grafik yang mudah untuk merumus sesuatu tajuk ataupun topik pembelajaran. Boleh digunakan untuk membuat nota dengan lebih lengkap dan menarik untuk dibaca!






Peta Bulatan - Digunakan untuk Mendefinisikan Mengikut Konteks.
Contoh Penggunaan - Apakah yang dimaksudkan dengan makanan rosak?

Peta Buih - Digunakan untuk Mencirikan Sesuatu.   Biasanya menggunakan Kata Adjektif.
Contoh Penggunaan - Apakah ciri-ciri makanan seimbang?
Peta Buih Berganda - Digunakan untuk Membanding Beza (kotak di kiri dan kanan) & Menciri Persamaan antara 2 perkara.

Contoh Penggunaan - Apakah persamaan dan perbezaan antara Nabi dan Rasul.

Peta Pokok - Digunakan untuk Membuat Pengelasan
Contoh Penggunaan - Empat kategori / jenis Kata Ganti Nama dan contoh mengikut kategori.

Peta Dakap - Digunakan untuk menunjukkan hubungan Seluruh - Bahagian. Dala erti kata mudah; menunjukkan ciri fizikal sesuatu benda dan dalam masa yang sama menunjukkan ciri-ciri kepada ciri fizikal tadi.
Contoh Penggunaan - Rama-rama mempunyai kepala. Dibahagian kepala rama-rama terdapat antenna, dan dua mata kompaun







Ahad, 15 Mac 2015

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025



Numerikal PPPM


3 Objektif PPPM


5 Aspirasi PPPM


6 Aspirasi Murid yang diharapkan melalui PPPM


9 Bidang Keberhasilan


11 Anjakan PPPM





Sabtu, 14 Mac 2015

PERKAMPUNGAN ILMU MAC 2015




























Perkampungan ilmu fasa 1 bermula lagi! Ruang dan peluang untuk calon SPM, SMA, & PT3 memperoleh lebih ilmu dan latihan walaupun di saat adik2 lain dah mula bersantai di hadapan televisyen :)

Untuk Prinsip Perakaunan, cikgu telah memperoleh 5 slot sepanjang cuti ni...bolehah dikatakan banyak gara-gara penurunan gred purata SPM yang lalu.. 'Bangkit untuk Tebus Kekurangan' jadi motto.

Sabtu, 14/3/2015:
2.00 - 3.30 : 5 Ibnu Sina
3.30 - 5.00 : 5 Ibnu Khaldun

Ahad, 15/3/2015 :
9.00 - 10.30 : 4 Ibnu Sina

Isnin, 16/3/2015 :
9.00 - 12.30 : 5 Ibnu Khaldun
2.00 - 4.30 : 5 Ibnu Sina


Okeyh..pic kat atas tu bukan pljr akaun yer.. just copy paste daripada fb sekolah...

Jom tengok majlis Pelancaran Perkampungan Ilmu Fasa 1 SAMJ pada hari Jumaat (13/3/15) yang lalu....


Perasmian Program oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SAMJ - Ustaz Mohd Ngisa bin Shaien




Ikrar akujanji menghadiri Perkampungan Ilmu yang diketua oleh Sdr Afif Muhaimin dari kelas 6 Stam





Sesi mengiakan akujanji pula oleh calon-calon PT3, SMA, SPM, STAM:-












Rabu, 11 Mac 2015

MINGGU UJIAN PRESTASI 2015








Minggu senyap sunyi di SAMJ :)

Bermula dari hari Khamis, 5 Mac hingga Khamis, 12 Mac 2015.
Macam-macam gaya waktu menjawab.. ada yang duduk seorang diri sambil terkumat kamit, ada yang terus menerus menulis (5% pun tak sampai dari bilangan pelajar2 ni :(  ) dan ada yang menjawab sampai tak sedar diri (tidoq..huhu).

Mungkin kah masing-masing terasa awal lagi, baru bulan 3. Atau topik yang disoal terlalu mudah?
Apapun, untuk Prinsip Perakaunan Ting. 4 dan 5, harapnya semua calon 'terjaga' dan menjawab dengan bersungguh-sungguh means takde yang main-main, ulangkaji seadanya saja.... .no, no, no!

Subjek ni akan dipenuhi dengan soalan aras tinggi semasa SPM nanti. So, struggle and strive all the way.
Insya Allah, orang yang berusaha dari awal, orang yang berusaha LEBIH, pasti akan diberi LEBIH kemudahan ketika menjawab nanti.

Makanya...All the best!

Selasa, 10 Mac 2015

LENSA SPM 2014 ~



SEBELUM PENGUMUMAN... Masing-masing buat muka seposen

Keputusan Gred Cemerlang Prinsip Perakaunan SPM 2014:

A+  (4 orang) :
Elina Shahira
Nabila Syakirah
Ismail
Alya Nabilah

A   (27 orang)
A- (16 orang)